Panduan lengkap tentang semua kos pindah rumah serta beberapa tips pindah rumah lain yang pastinya berguna.

Berpindah masuk ke rumah baru seolah-olah membuka bab yang baru dalam hidup anda –namun, masih banyak lagi yang perlu difikirkan seperti segala barang yang perlu dikemaskan, mencari pekerja perpindahan serta pembungkus (packers), membayar kos perkhidmatan pindah rumah, serta banyak lagi perkara lain sebelum anda meninggalkan rumah lama buat kali terakhir, seperti utiliti dan juga surat.
Jangan panik , kami akan membantu anda mengira segala kos kemasukan rumah baru tidak kira berapa besar saiz rumah anda. Untuk anda, senaraikan juga beberapa persiapan sebelum pindah rumah baru yang anda perlu ketahui.
Sebelum anda mula mencari pekerja perpindahan, sebenarnya langkah pertama yang perlu dilakukan ialah Marie Kondo atau kemaskan rumah anda. Ia memudahkan proses mengemas, membungkus, serta menjimatkan kos kerana anda telah membuang barang yang anda tidak perlu. Dengan membuang barangan yang tidak diperlukan, ia lebih menjimatkan berbanding anda mengeluarkan kos untuk mengangkut barang ini. Malah, anda juga boleh mendapatkan wang lebih dengan menjualnya di kedai barang terpakai.
Adakah saya memerlukan pekerja perpindahan?
Perkara pertama yang anda perlu tanya ialah adakah anda sebenarnya perlu mengupah pekerja perpindahan ini?
Jika anda tidak memiliki sebarang barang besar atau perabot berat, menyewa sebuah van akan lebih menjimatkan duit anda. Malah, anda juga boleh menjimatkan kos dengan meminta pertolongan kawan dan keluarga (jangan lupa belanja makan tau untuk kerja keras mereka!). Sebagai alternatif lain, anda boleh mengupah seorang pekerja dengan van untuk menolong anda memindahkan barang sekiranya anda tidak memerlukan lori.
Namun, sekiranya anda memiliki peralatan piano atau gim, anda mungkin memerlukan pekerja perpindahan khas supaya barang tersebut kekal selamat.

Checklist pindah rumah baru dan mengemas
- Asingkan kotak peralatan dan kotak kecemasan sebelum mengemas
- Buat senarai inventori bagi semua barang yang anda perlu kemas dan bungkus bagi setiap bilik
- Kemas semua jenis barang yang sama di dalam satu kotak, atau asingkan mengikut jenis kegunaan
- Jangan penuhkan kotak sehingga terlampau penuh
- Asingkan barang berharga dan dokumen penting
- Kemas barang keperluan bersama buat beberapa hari pertama anda masuk ke rumah baru
- Label semuanya!
- Label kotak dengan barang yang mudah pecah dengan “FRAGILE” atau “MUDAH PECAH” dengan tulisan yang besar dan terang
- Sentiasa selia pekerja perpindahan supaya anda tahu ke mana barang anda dibawa
Berapakah kos mengupah pekerja perpindahan?
Secara umumnya, kos pekerja perpindahan dan pembungkus bergantung kepada bilangan barang yang ingin dipindahkan, bilangan perjalanan yang perlu dilakukan oleh pekerja, serta jarak antara tempat lama dan baru. Sekiranya anda membuat keputusan untuk menggunakan servis pekerja perpindahan ini, jangan lupa untuk mendapatkan sebut harga yang tetap termasuklah mengambil kira semua kos tambahan. Sekiranya boleh, minta mereka untuk menyatakan dengan jelas setiap kos yang terlibat supaya anda tahu apa yang dibayar. Pastikan anda mendapatkan caj sebut harga yang telah dipersetujui ini secara bertulis dan ditandatangani oleh syarikat tersebut.
Seterusnya, pelbagai syarikat perpindahan akan menawarkan beberapa pakej yang berbeza, namun kebanyakannya akan menolong untuk memindahkan perabot atau barang lain yang berat dan besar, membalut barang mudah pecah dengan bubble wrap, mengangkat dan mengalihkan barang dari van atau lori, serta membawa kenderaan tersebut ke rumah baru. Semak harga lori mengikut saiz rumah di Malaysia.
I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

1. Rumah kecil
Bagi kategori rumah saiz kecil ini termasuklah flat, unit apartmen, dan unit kondominium. Bagi setiap pengurusan bangunan, jangan lupa untuk semak mengenai peraturan ketetapan untuk berpindah keluar/ masuk. Hal ini kerana, sesetengah pihak pengurusan hanya membenarkan trak dan lori ini berada di premis buat masa tertentu sahaja.
Lori 1 tan (10-kaki) dengan dua orang pekerja
- 3m (10 kaki) (Panjang) x 1.5m (5kaki) (Lebar) x 1.8m (6 kaki) (Tinggi)
- Lembah Klang (Dalam jarak 30 km) RM250 – RM300
- Lembah Klang ↔ Negeri Sembilan RM650 – RM700
- Lembah Klang ↔ Melaka RM700 – RM750
- Lembah Klang ↔ Perak RM700 – RM750
- Lembah Klang ↔ Penang RM 1150 – RM1200
- Lembah Klang ↔ Johor RM 1150 – RM1200
2. Rumah saiz sederhana
Bagi rumah dengan saiz sederhana termasuklah rumah teres setingkat dan Semi-D atau rumah berkembar ini merupakan kategori rumah saiz sederhana. Bagi komuniti berpagar dan berpengawal, semak kembali jika ada peraturan mengenai masa tertentu bagi lori dan trak untuk datang ke kawasan rumah baru anda.
Lori 3 tan (14-kaki) termasuk dengan tiga orang pekerja
- 4m (14kaki) (Panjang) x 1.8m (6kaki) (Lebar) x 2m (7kaki) (Panjang)
- Lembah Klang (Dalam jarak 30 km) RM450 – RM500
- Lembah Klang ↔ Negeri Sembilan RM950 – RM1,000
- Lembah Klang ↔ Melaka RM1,050 – RM1,100
- Lembah Klang ↔ Perak RM1,050 – RM1,100
- Lembah Klang ↔ Penang RM1,500 – RM1,600
- Lembah Klang ↔ Johor RM1,500 – RM1,600
3. Rumah saiz besar
Seterusnya, rumah saiz besar termasuklah rumah banglo. Jika anda tinggal dalam komuniti berpagar dan berpengawal jangan lupa untuk menyemak kembali peraturan dan ketetapan bagi trak dan lori untuk masuk pada waktu yang telah ditetapkan. Berapakah kos untuk mengemas dan berpindah masuk ke rumah dengan lima bilik tidur? Berikut merupakan kos yang terlibat:
Lori 5 tan (24 kaki) termasuk tiga orang pekerja:
- 5m (24kaki) (Panjang) x 2.35m (7kaki) (lebar) x 3.63m (12kaki) (tinggi)
- Lembah Klang (Dalam jarak 30 km) RM650 – RM700
- Lembah Klang ↔ Negeri Sembilan RM1,200 – RM1,300
- Lembah Klang ↔ Melaka RM1,300 – RM1,400
- Lembah Klang ↔ Perak RM1,300 – RM1,400
- Lembah Klang ↔ Penang RM1,650 – RM1,750
- Lembah Klang ↔ Johor RM1,650 – RM1,750
Syarikat perpindahan rumah di Malaysia

Berikut merupakan senarai beberapa syarikat bagi perkhidmatan perpindahan rumah di Malaysia.
1.Pindahrumah
Tidak mempunyai barang yang banyak untuk dipindahkan? Hanya memerlukan van atau lori sewa murah? Layari sahaja laman web pindahrumah mendapatkan sebutharga segera. Namun, sekiranya anda memerlukan servis yang lebih seperti tenaga kerja atau shrink wrapping (dibungkus-kempiskan), anda boleh berbincang dengan staf mereka di live chat mereka.
Laman web: https://www.pindahrumah.com.my/
2.Alvizmovers
Alvizmovers menawarkan servis di setiap negeri di Semenanjung Malaysia, dan anda juga boleh berpindah JB hingga ke Singapura. Selain menawarkan servis perpindahan rumah dan pejabat, syarikat perpindahan ini menawarkan servis memindahkan piano juga.
Laman web: https://alvizmovers.com.my/
3.MajuMovers
Selain dari servis pemindahan rumah kediaman dan pejabat,Majumovers juga menawarkan perkhidmatan membungkus dan pelupusan sampah—sangat sesuai bagi anda yang ingin membuang barangan yang sudah tidak digunakan lagi. Syarikat perpindahan ini juga menawarkan servis nyahkuman, sesuai dengan norma baharu.
Laman web: https://gpymovers.my/

No comment